IZZATI KAMSANI


Click here for Myspace Layouts

sayang

zati..ohhh...zati

08 September 2012

lama terpendam



18 tahun aku hidup jadi sudah tiba masanya untuk aku berubah. Orang cakap kalau nak berubah tak perlu bagi tahu orang lain tp bg aku waktu berubah tu perlu ada ramai pendorong. Bila seseorang tu cakap yang dia nak berubah mesti ramai akan cakap yang mungkin tak tahan lama punya..bila nak berubah tu macam-macam dugaan yang akan diterima. Contohnya macam bila kita mula nak bertaubat mesti bapak syaitan atuk syaitan n semua keturunan dia turun sbb nak rosakkan kita..masa tu lah iman kita yang tak kuat ni mula goyah. 

Kita selalu cakap yang kita nak berubah tapi tak pun..yehh itu mmg ayat dari setan jahanam. Aku sendiri la bila baru je terfikir nak berubah mesti tak lama..nak tahu sebab apa sebab pengaruh persekitaran yang melampau sgt..huh --'..tapi mak dengan ayah selalu cakap dekatkan diri dengan tuhan..semua akan sempurna,..so sekarang aku baru sedar yang semua tu betul..

Setiap kali solat ada banyak benda penting yang aku mintak dekat Allah..

-Aku doa agar dosa aku mak ayah along angah alang adik nenek atuk makcik ngn pakcik dan semua muslimin dekat dunia ni dan orang yang aniaya aku..
Aku dah mula sedar yang aku nk banyak betul menyakat orang,membuli orang walaupun aku tahu kadang-kadang benda tu lawak..disebabkan keadaan rumah aku yang selalu sangat gelak ketawa dan ayah yang selalu sgt buat lawak sampai aku terbawa-bawa sampai ke sekolah..


YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK TERUS BERIMAN DENGAN MU AGAR SENTIASA BERTAUBAT KEPADAMU DAN PATUH SURUHAN MU SERTA MENINGGALKAN LARANGANMU. DAN SESUNGGUHNYA HAMBA MU INI SERING MELAKUKAN DOSA DAN SERING KALI MELAKUKAN SEGALA LARANGANMU..YA ALLAH AMPUNILAH DOSA AHLI KELUARGA KU YANG KADANGKALA TIDAK SEDAR PERBUATAN KAMI SEMUA..SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG


- aku selalu doa agar ayah aku dapat tukar ke sepang..ayah kena hantar jd guru besar dekat klang..ayah ada gout n kadang2 sampai tak boleh jalan..ayah tak boleh drive lama-lama..ye la cuba bayangkan sepang ke klang lebih kurang 70-80 km..lg2 ayah kat pulau indah..haa lagi la jauh..kadang2 tu aku menanis jugak tgk ayah sakit tp aku tak pernah nangis dpn family aku sbb aku nk tunjuk yang aku ni kuat..tp bila masuk bilik mengalir la semua yang aku pendam..nak cerita dekat siapa? xada sbb aku tak nak family tahu yang aku sedih..then bila keluar dari bilik aku pura-pura okay..gelak2..pernah bulan puasa 2012 ayah sakit teruk sgt sampai dia cakap yang kalu dia tak ada dia nak aku jaga diri aku baik-baik..dia nak aku carik peneman hidup yang boleh bombing aku..masa tu aku tak boleh tahan air mata nak jatuh..aku tengok mak aku memang wanita paling tabah..tiap kali ayah sakit mak mesti susah payah..ye la bila orang sakit mesti nak marah-marah kan..so mak dgn aku dan adik akan dgr semua yang ayah marah..kadang2 bila malam aku tengah study tiba2 ayah sakit..mak cakap suruh aku belajar tp anak mana boleh belajar masa ayah dia sakit..pernah satu hari ayah sakit then ayah menggigil sakit ak bg ayah toto then aku peluk ayah kuat2..aku nak ayah tahu yang akus yg kat dia dan aku nak ayah tahu yang walaupun aku ni anak yang kuat buat dia naik angin dan selalu buat lawak bodoh masa dia marah tapi aku lah anak yang paling syg dia..bulan 6 hari tu aku dpt tawaran masuk matrik tp masa tu ayah sakit darah tinggi..takkan aku nak suruh dia hantar pegi kedah dalam keadaan dia sakit tu kan..so aku ambik keputusan tolak tawaran tu..sampai sekarang masih ada yang cakap aku bodoh sbb tolak matrik then masuk form 6..aku bukan jenis yang pentingkan diri lagi2 sebab keluarga sbb bagi aku kawan dtg dan pergi,duit dating dan pergi tp kelaurga sentiasa ada dengan kita..takkan aku nk biarkan mak sorang jaga ayah masa tenga sakit tu kan..aku tak sekejam tu..kalaulah ditakdirkan aku jaga mak ngn ayah sampai aku tak mampu masuk university, insyaallah aku sanggup sbb aku tengok ada pakcik dekat kg aku tu dia tak abis skola pon tp sbb dia jaga mak dia sakit dialah manusia paling berjaya kat kampong aku..dan aku tahu yang rezeki tu dekat mana-mana..form 6 bkn lah seteruk yang orang lain cakap.. aku selalu doa yang ayah dapat tukar balik sepang.. setiap kali ayah pergi sekolah dalam pukul 6.30 pagi hati aku selalu rasa tak sedap hati..sepanjang perjalanan ke sekolah aku selalu berdoa agar ayah selamat pergi ke sekolah dan selamat balik rumah..setiap kali balik rumah ayah akan bunyikan hon kereta dia (bunyi hon kereta dia mcm bunyi suara maknyah..serius J ) aku rasa bersyukur sgt..aku tak boleh nak marah ayah kerja sampai klang sbb dye kerja smpai klang bukannya nk berjoli tp dye pegi sbb nk crik rezeki yang halal tuk aku sekeluarga..sebab rezeki yang halal itu sesuatu yang amat wajib..pernah satu hari aku terfikir kenapa Allah duga ayah sampai mcm tu sekali then baru-baru ni aku baca dekat internet yang Allah takkan duga hambanya yang tak mampu tanggung dugaan tu..maksudnya Allah duga kami sekeluarga sbb Allah tahu yang kami mampu tanggung…insyaallah..bila time nak tido aku selalu doa yang hari keesokan segala pekerjaan ayah dan mak akan dipermudahkan.,.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI ADALAH INSAN YANG LEMAH..AKU BERMOHON KEPADAMU YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN IBUBAPA DAN KAU SELAMATKANLAH PERJALANAN IBUBAPA KU KE TEMPAT KERJA KERANA MEREKA MAHU MENCARI REZEKI YANG HALAL BUAT KAMI SEKELUARGA..YA ALLAH AKU BERMOHON KEPADA MU KAU LINDUNGILAH AYAH DAN MAK DARI SEGALA BENCANA ATAU MUSIBAH YANG MENGHAMPIRI MEREKA..DAN KAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN AYAH KU AGAR DIA DAPAT PULANG SEMULA KE SEPANG..SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG DAN SESUNGGUHNYA SEGALA-GALA YANG KU TERIMA SEMUANYA DARI MU YA ALLAH…SESUNGGUHNYA JIKA SELAMA INI AKU PERNAH MELAKUKAN DOSA AMPUNILAH DOSA KU YA ALLAH..

-doa yang paling kerap adalah ya allah kau berikanlah aku peneman hidup yang sempurna..bagi aku lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik..dan aku sangat memerlukam lelaki yang baik meskipun aku tahu aku bukanlah wanita yang baik tapi aku berharap aku akan jumpa seorang lelaki yang boleh bimbing aku kejalan kebenaran..ayah dan mak dan berikan segala-galanya ilmu dunia dan akhirat dan aku amat hargainya..

YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SESUNGGUHNYA AKU DALAH HAMBAMU YANG KERAP MELAKUKAN DOSA.. KAU AMPUNILAH DOSAKU..KAU TUNJUKKAN AKU JALAN KEBENARAN DAN YA ALLAH JIKA DIA LELAKI YANG SEMPURNA DAN MAMPU MEMBIMBINGKU KAU PERTEMUKANLAH AKU DENGANNNYA DAN JIKA DIA BUKAN UNTUK KU KAU BUANGLAH SIFAT CINTA YANG BUKAN UNTUKNYA ITU..SESUNGGUHNYA KAU MENGETAHUI SEGALA PERASAAN KU..


p/s : ayah mak nak satu rahsia tak..zaty sayang mak ngn ayah dan zaty tak pernah cakap pakai mulut tp dalam hati sentiasa mak ngn ayah no 1




No comments:

Post a Comment

pengomen..